Posts

Showing posts from April, 2025

TRAGEDI 13 MEI : SEJARAH GELAP MALAYSIA

Image
TRAGEDI 13 MEI  Tragedi Tragedi 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia yang tercetus akibat ketegangan kaum selepas Pilihan Raya Umum ke-3. Rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur dan melibatkan konflik antara kaum Melayu dan Cina yang mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda yang besar. PUNCA DAN LATAR BELAKANG Kejadian tragis ini berpunca daripada dasar pecah dan perintah dan penjajah inggeris, layanan berat sebelah oleh tentera jepun, pertelingkahan parti politik, tidak puas hati dengan orang melayu, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan latar pendidikan yang berbeza. Sejurus dengan itu, keputusan pilihan raya tahun 1969 juga menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap parti Perikatan, yang telah lama mentadbir negara. Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 kerusi di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Perarakan kemenangan 1/3 kerusi dari parti pembangkang iaitu GERAKAN, ...