TRAGEDI 13 MEI : SEJARAH GELAP MALAYSIA

TRAGEDI 13 MEI 




Tragedi Tragedi 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia yang tercetus akibat ketegangan kaum selepas Pilihan Raya Umum ke-3. Rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur dan melibatkan konflik antara kaum Melayu dan Cina yang mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda yang besar.

PUNCA DAN LATAR BELAKANG



Kejadian tragis ini berpunca daripada dasar pecah dan perintah dan penjajah inggeris, layanan berat sebelah oleh tentera jepun, pertelingkahan parti politik, tidak puas hati dengan orang melayu, bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dan latar pendidikan yang berbeza. Sejurus dengan itu, keputusan pilihan raya tahun 1969 juga menunjukkan kemerosotan sokongan terhadap parti Perikatan, yang telah lama mentadbir negara. Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 kerusi di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Perarakan kemenangan 1/3 kerusi dari parti pembangkang iaitu GERAKAN, DAP, PPP dianggap provokatif oleh sebahagian masyarakat Melayu. Keadaan menjadi semakin tegang dan akhirnya mencetuskan rusuhan berdarah pada malam 13 Mei. Jumlah mangsa yang terkorban mencatatkan 431 orang (86 orang dari bangsa melayu, 342 dari bangsa cina manakala 3 orang lagi dari bangsa yang tidak dikenalpasti).


KESAN TERHADAP NEGARA



Peristiwa 13 Mei memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum. Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat  taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam lama dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei. Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai. Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum. Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik. Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini. Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefhaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.


PENGAJARAN




Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain . Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.


MEDIA TAMBAHAN


Comments